Tak Cukup Duit Nak Sewa Hotel, Sepasang Kekasih Dicekup Dalam Keadaan Berbogel



Abang Terpaksa Cari Isteri Baru, Awak Asyik Lahirkan Anak Perempuan Je!

Dibelasah Orang Ramai Ketika Sedang Lakukan Persembahan Di Atas Pentas

'Anak saya dibuli, dirogol bergilir-gilir sehingga menderita & akhirnya membunuh diri'

Dada Palsu Wanita Ini Akhirnya Terbongkar Selepas Meletup Ketika Membuat Tatu

Selebriti Terkenal Dikecam Selepas Sengaja Tunjukkan Bentuk Yang Indah Kepada Orang Ramai


KUALA TERENGGANU - Akibat tidak cukup wang untuk menyewa hotel, sepasang kekasih sanggup memilih bermalam di dalam kereta sebelum dicekup polis dalam keadaan berbogel di kawasan parkir awam tepi jalan Pantai Batu Buruk, di sini, Jumaat lalu.

Pasangan berusia 20 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditangkap kira-kira jam 3.30 pagi ketika anggota polis sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pasangan yang masih berstatus pelajar itu ditahan selepas anggota polis yang membuat rondaan keselamatan menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suasana di persekitaran tersebut agak gelap menyebabkan anggota bertugas terpaksa menggunakan lampu picit bagi menyuluh melalui cermin hadapan dan cermin sisi belakang kenderaan itu untuk membuat pemeriksaan.
“Bagaimanapun, sejurus disuluh, anggota ternampak pasangan kekasih itu berada di bahagian kerusi belakang yang mana si lelaki dalam keadaan berbogel manakala pasangannya hanya memakai baju tanpa seluar,” katanya.



Wan Mohd berkata, terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, pasangan kekasih itu kelam kabut mencari pakaian masing-masing sebelum membuka pintu kereta untuk disoal siasat.

“Hasil siasatan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan datang dari Kelantan semata-mata untuk bermadu asmara di sini bagi mengelak daripada dihidu ahli keluarga.


“Mereka juga mengaku terpaksa memilih tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel,” katanya.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan zina.
0 Komentar untuk "Tak Cukup Duit Nak Sewa Hotel, Sepasang Kekasih Dicekup Dalam Keadaan Berbogel"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info