Video: Selamba Campak Air Mani Di Pasar Raya


SEORANG wanita menempuh detik hitam apabila dirinya dimalukan oleh seorang lelaki yang selamba mencampakkan air mani pada bajunya dalam kejadian di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Lim Alvin yang sedang membeli barang keperluan pada mulanya menyangka ia hanyalah percikan air, namun mendapati seorang pemuda melepasinya dalam keadaan mencurigakan, seolah-olah cuba lari.
“Ketika sedang melihat salah satu jenama produk, saya dapat rasakan bahagian belakang baju saya lembab dan terdapat sedikit percikan cecair di kaki saya.
“Saya anggap mungkin saya terpijak air yang tertumpah di atas lantai atau cecair sabun yang saya pegang ketika itu terkeluar. Tapi tidak mungkin juga kerana cecair itu saya rasakan di bahagian belakang saya,” tulisnya di laman Facebook.

Mula merasa tidak kena dengan gerak geri lelaki itu, Lim terus mendapatkan bantuan pengawal keselamatan sehingga membuatkan lelaki itu dihalang daripada keluar dari pasaraya berkenaan.
Lelaki terbabit pada mulanya menafikan perlakuan tidak senonohnya kepada Lim sambil menegaskan percikan berkenaan cuma air biasa.
“Apabila ditanya apa percikan yang terkena pada saya dan mengapa dia berbuat demkian, lelaki berkenaan menafikan bahawa dia melakukannya dan ia hanyalah air biasa.
“Namun, pengawal keselamatan itu periksa titisan air di atas lantai dan memberitahu ia adalah air mani berdasarkan bau dan kepekatannya.
“Saya meminta untuk melihat rakaman CCTV dan berjaya merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit sebagai bukti kelakuan lelaki gila seks itu,”katanya.


Jelas Lim, selepas ‘terkantoi’, lelaki berkenaan kemudiannya merayu agar tidak dikenakan tindakan dan meminta agar dirinya dipukul sebagai balasan di atas perbuatan keji berkenaan.
Setelah mengambil gambar kad pengenalannya, lelaki berkenaan dibebaskan dan Lim ke balai polis untuk membuat laporan.
“Pihak polis memberitahu saya bahawa lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau merakam video bawah skirt gadis secara rambang. Saya memuat naik insiden ini untuk memberi amaran kepada wanita diluar sana perkara ini boleh berlaku dimana-mana, termasuk di pasaraya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Video: Selamba Campak Air Mani Di Pasar Raya"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info